Friday, March 4, 2011

Rainbow Chiffon Cake




Ni plak kek cik pon ahkak tergoda tengok kat umah kak ummi n sudahnyer dapat ler bawak balik resepi n tampal kat umah ahkak plak,kek buat sendiri huhuhu..mnx izin yer kak ummi resepinyer di tampal kt cni plak...

RAINBOW CHIFFON CAKE Sumber: Rima @ Bisous 'a Toi
Dirujuk dan Ubahsuai : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (adunan kuning telor) :-
  • 50 gm. gula kastor
  • 20 gm susu tepung
  • 20 gm tepung jagung
  • 140 gm tepung
  • 1 sk. baking powder
  • 100 ml minyak sayur/minyak jagung
  • 100 ml santan (akak guna santan kotak)
  • 140 gm kuning telor (anggaran 8 biji)
Bahan (adunan putih telor):-
  • 300 gm putih telor (anggaran 9 biji)
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 sk. garam
  • 1 sk. cream of tartar (optional)
Pes Warna Pelangi:- (*akak buat 3 warna sahaja - merah, stawberi n plain)
  • 1/2 sk. pes pandan
  • 1/2 sk. pes strawberi
  • 1/2 sk. pes coklat
  • 1/2 sk. esen vanila




Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven dahulu pada suhu 180C. Sediakan loyang chiffon 22/24 cm (loose pan). Tak perlu dilenser dan dialas.
  2. Whisk gula dan kuning telor hingga sebati.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung, susu tepung, tepung jagung dan baking powder yang telah diayak 3 kali.
  4. Ruangkan ditengahnya dan tuang campuran kuning telor dan gula tadi, santan serta minyak. Kacau dari bahagian tengah ke tepi mangkuk hingga sebati dan mendapat adunan yang lembut. Ketepikan.
  5. Kemudian dalam mangkuk lain, pukul putih telor hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula 3 peringkat dan pukul lagi hingga bertanduk (soft peak/diterbalikkan adunan tidak jatuh). Note: Jika ikut Rima, dia membahagikan dulu kesemua adunan putih telor dan adunan kuning telor kepada beberapa bahagian mengikut warna yg akan digunakan sebelum dicampurkan dengan warna2 tersebut.
  6. Kemudian masukkan juga esen vanila kepada aduann plain, kacau sebati jugak.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang berselang seli dan bakar selama 45 minit atau hingga kek nampak "spongy" jika ditekan sikit.
  8. Setelah masak, terus terbalikkan kek dan biarkan hingga betul-betul sejuk baru digunakan pisau dan lalukan di tepi dan dasar loyang agar kek tertanggal. Potong dan hidangkan.

Creamy Cheesy Caramel Pudding



Nama omputih bukan main ha3...ahkak amik resepi ni kt KR dlm fb tu,resepi dari Mohd.Nazim...satu kelainan biasanyer caramel ni kta cmpur susu n telur jer kan tp dlm resepi dia ader campur keju so mmg sedap sangat ler bg penggemar keju,rasa dia seakan-akan cheese cake pun ader..pendek kata mmg marvelous lah n xrugi mencuba tp ahkak ada menderhaka gak hehe,dlm resepi dia bakar guna kaedah bain marie tp ahkak kukus jer dek nonnnn..ahkak mnx izin yer nazim kongsikan resepi ni kt blog ahkak..


Creamy Cheesy Caramel Pudding
Untuk buat caramel

Bahan A
3/4 cwn gula


Bahan B
250g cream cheese (softened)
6 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 tsp vanilla

Cara-cara

untuk caramel..
cairkan gula di atas api kecil, hingga warna bertukar keperangan . Jgn msk terlalu lama..nnt pahit. alihkan dr api dan tuang ke dalam loyang rata2. Biarkan

lapisan cream
-Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese hingga lembut.
-Masukkan telur satu demi satu.
-Masukkan pula susu pekat, susu cair dan vanilla. kacau sebati
-Tuang ke dalam loyang yg dah di isi caramel tadi ( guna tapis )
-Masukkan loyang ke dalam loyang lain yg lebih besar/oven tray. Kemudian tuangkan air panas ke dlm loyang yg lebih besar hingga separas 1/2 dari loyang berisi caramel. (kaedah bain marie) - ahkak kukus jek
-Panaskan oven pd suhu 175 degree
-Bakar selama 50-60minit, sehingga bahagian tgh caramel tu masak aje.
-biarkan sejuk selama 1 jam dan kemudian simpan dlm peti sejuk semalaman.
-utk keluarkan dr loyang, lalukan pisau sekeliling, lapik dgn pinggan dan terbalikkan.
-Utk mudahkan bahagian caramel tu keluar, bule letak loyang tu dlm air panas/ atas tuala panas skejap. So that, gula tu cair sket n mudah nak kuar

tips: kalau tamau lemak sgt, bule kurangkan cream cheese

Thursday, March 3, 2011

Belado Terung Dan Telur Puyuh



Seminggu 2 ni cbuk sket ngan mcm2 hal,masak 2 masak ler jgk tp xselalu hehe..bz plus pnyakit terlebih sudah vitamin 'm' huhu..sebenarnya ada jgk buat2 kuih n masak cuma xsempat nk berposing,lg pun broadband maxis lately ni rs cm nk baling buang jer,lembab yg amat2..bikin gua sengal jer hehe,tp smpat gak jalan2 ke singapore sggah umah ayu..terbekenan ngan lauk belado terung n telur puyuh yg nmpak sedap n memamg pun sedap..xrugi ahkak kluar memalam g tesco smata-mata nk g bli mini chopper sbb malas nk menumbuk hehe,ahkak g tesco sbb dh kul 10 mlm tesco jer ler yg buka pong..sdap lauk ni xrugi mencuba..ok lah ahkak kongsikan resepinya kt cni n klu nk tgk resepi sbenar disini...




Belado Terung Dan Telur Puyuh


Ingredients:
  • 1 biji terung -dipotong serong dadu atau ikut suka-di goreng sebentar angkat ketepikan
  • 15 butir telur puyuh- direbus, kopik kulitnya & goreng angkat ketepikan
  • 10 biji lada merah*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang putih,*
  • 1 biji tomato*
  • minyak goreng secukupnya
  • garam, gula & perasa secukupnya

Method:-
Panaskan minyak hingga panas, goreng telur puyuh sebentar saja hingga permukaan luarnya menjadi kekuningan.
Terong dipotong kecil arah menyerong, cuci bersih, lalu goreng hingga lembut.Cuci bersih lada merah, bawang besar, bawang putih dan tomato lalu dikisar kasar tapi kering menngunakan chopper. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyaknya, masukkan garam, perasa & gula..Baru masukkan terung yang sudah digoreng, telur puyuh goreng & gaul rata.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails