Wednesday, May 25, 2011
Udang Sos Cili Api Secukup Rasa
Arini cuaca mendung jer dari pg td lg,nk bgun tdur pun rs cm malas jer huhu..perut pun xbrapa ok dok meragam jer dri smlm tp skang ni alhmdullah ler dh beransur ok..arini akak masak simple2 jer ikut aper yg tekak terasa nk makan,mcm ler selalu tu dok masak yg renyah2 gt kannn hehe..udang sos cili api ni mmg peberet anak2 akak,mst clearnyer klu msk lauk ni n udang kena ler skilo..k la akak tempekkan reepi mudah ni kat cni kot ader yg nk cuber time2 ketandusan idea nk masak yg ringkas2..
Udang Sos Cili Api Secukup Rasa
1kg udang di buang kulit
*2biji buah tomato
*3biji cili merah
*20biji cili api
*1bij bawang besar
*3ulas bawang putih
*1inci halia
*1inci kunyit hidup
3sudu makan sos tomato
1sudu kecil 'secukup rasa'
garam dan gula
minyak
Hiasan:
1biji bawang besar (di potong bulat)
2biji cili merah (di potong serong)
daun ketumbar
Caranya:
Blender bahan2 yg bertanda*,kemudian panaskan minyak dan tumiskan bahan2 td sehingga wangi dan pecah minyak.Masukkan sos tomato,secukup rasa serta garam dan gula secukupnya.Gaulkan hingga sebati dan biarkan sebentar kemudian masukkan udang,bawang besar yg di potong bulat serta cili merah yang di potong serong,biarkan sehingga udang masak tutupkan.Taburkan daun ketumbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment