Thursday, July 28, 2011

Puding Kasih Bertaut



Puding ni akak buat malam semalam,jugak utk jamuan d tempat keje mr hubby..org lain buat smua smua cantik2 n menarik tp akak buat kureng menarik hehe,tp apa pun rs mmg sedap..dh ramai yg buat kan..pada yg belum cuba lg tu jom kter tgk resepinyer pasni bleh cuba,resepi akak amik kt umah azlita aziz , mohon d kongsikan d cni jgk yer ita..cnp dari umah ita






PUDING KASIH BERTAUT
By: Naz @ Cute Oven, Small Kitchen

Bahan-bahan A
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita

Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.

Kek Yogurt Mangga



Salam smua..yg suri2 kt umah tu mesti tengah cbuk2 nk masak kan..akak dh siap2 masak nasi jer dlu td,nnt tggal nk msk lauk jer..td awal2 akak dok godek2 kt dapur buat kek yogurt mangga utk mr hubby bawak ke tempat keje dia,ader jamuan smpena mnyambut ramadhan..akak buatkan kek sbiji n puding,resepi kek ni akak skodeng kt umah cik mat kter ni n kt cnijugak..sedap,lembut n lemak2 gtew,resepi asalnya adalah dari chef liza zainal..jom kter tgk resepinyer,mnx izin yer cik ct dan cikmat di kongsikan di blog fina ni plak..fina cnp dari umah cik mat jerk,mnx halal yer..




Kek Yogurt Mangga

BAHAN A :-)
2 biji telur
3 kuning telur
1 camca teh ovallate
100 gram gula kastor
1/4 camca teh garam halus
1 camca kecik pewarna kuning (mat guna 1/4 camca teh)

BAHAN B :-)
120 gram minyak jagung
80 gram minuman yogurt mangga
2 camca besar yogurt mangga

BAHAN C :-)
30 gram serbuk gajus
20 gram tepung jagung
120 gram tepung naik sendiri (self raising flour)
60 gram tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar telur dan kuning telur bersama ovallate selama 1 minit. Masukkan gula dan putar selama 4 minit pada kelajuan sederhana. Masukkan pewarna kuning dan minuman yogurt mangga sedikit demi sedikit. Putar lagi 3 minit.
  2. Tambah yogurt mangga dan juga bahan "C" sedikit demi sedikit, gaul rata. Tuang minyak jagung dan gaul hingga sebati. Tuang dalam bekas pilihan yang telah disapu mentega.
  3. Bakar yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong, boleh hidangkan untuk minum petang.




Wednesday, July 27, 2011

Telur Rebus Berkuah Kismis



Selamat tengahari..ari ni akak masak lauk yg sgt simple n sgt sedap jumpa kt umah dayangjack,terima jasih dayang sebab sudi berkongsi resepi yg sedap n mudah ni..juga 1 kelainan untuk masakan telur..akak mnx izin yer dayang utk kongsikan pulak resepinyer d blog akak ni,akak cnp jer ler..





Telur Rebus Berkuah Kismis
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 5 biji telur rebus (dibelah dua) - akak goreng skejap telur rebus tu
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1/2 sudu makan rempah beriani (rempah kurma pun ok) - akak guna rempah khabsa
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • sedikit hirisan daun ketumbar/daun sup
  • 2 sudu makan kismis (prune atau buah kurma pun boleh)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit air dan susu cair
  • sedikit minyak sapi/minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa (akak gantikan garam kepada serbuk secukup rasa)
Cara-cara :
  1. Bancuhkan rempah beriani bersama serbuk cili dengan sedikit air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi/minyak masak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis kayu manis, bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau.
  3. Masukkan bancuhan rempah beriani tadi dan diikuti puri tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, air dan susu cair(optional) secukupnya. Apabila sudah mendidih, masukkan kismis, daun ketumbar/daun sup, garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Setelah masak, siramkan kuah ke atas telur rebus tadi. Hidangkan.







Sunday, July 24, 2011

Muffin Chocolate Chips



Entry larut malam..siang td akak bz sket,bleh katerkan seharian kt luar ader hal sket so mmg xberasap ler dapur akak siang td hehe..utk makan malam td anak dara akak yg masak,akak plak bz menggodek muffin utk d bawa esok buat makan2 dlm perjalanan ke Ulu Kinta..ader program lawatan ke perkampungan orang asli anjuran biro wanita persatuan kontraktor..resepi ni akak dapat dari rakan kr dlm fb tu..katernyer dia pun dapat dlm internet ni gak tp xingat dri maner..aper2 pun akak mintak halal yer pada tuan empunya resepi tu..di sini akak tempekkan resepinya untuk rujukan nanti..resepi mudah dan yang penting sodappp..





Muffin Chocolate Chips

Bahan A:
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
3 st baking powder
secubit garam

Bahan B:
1 cwn susu cair
2 cwn gula (akak letak 1 cwn jer)
3 biji telur
1 cwn minyak masak
1 st coklat emulco (akak letak coklat paste)

coklat chips (utk d tabur)

Caranya:
Smua bahan A d ayak dahulu.
Bahan B d pukul smua hingga gebu.
Campur bahan A ke dalam bahan B,pukul lg sampai sebati - pukul lama sdikit.
Masukkan ke dalam paper 3/4 penuh dan taburkan coklat chips.
Bakar pada suhu 18o selama 20 minit.Api atas bawah.






Friday, July 22, 2011

Sayur Campur Ala Kaprau



Salam tengahari..ari jumaat sllunyer awl2 dh msuk dpur kan sbb bdak2 blk awl nk mkn n nk g smyang lg..akak arini msak sambal tumis udang,sayur cmpur ala kaprau n ikan goreng jer..haa sayur goreng ala kaprau gi hehe,maaf ler kjee yer adinda menderhaka resepi kekanda huhu..sebenarnya daging ayam tinggal ckit jer n sayur2 tu pun tinggal serba ckit jugak so apa lg datang ler idea mencampur adukkan kesemuanya hehe..rasa tetap maintain sedap n meriah,resepi sama jer cuma akak tambah sayur2an jer so xyah ler rasanya ulang tayang g resepi tu kt cni kan..klu nk tgk resepi yg blm derhaka lg tu ada kt cni






Wednesday, July 20, 2011

Asam Rebus Ikan n Nenas



Arini akak masak asam rebus ikan n nenas,dh lamer xmsk lauk ni.Sebenarnyer dh xtau nk masak aper,blurr hehe.Dh lamer xmakan raser sedap plak tp anak2 kureng ler lauk2 cm ni,yg gemar lauk cam ni bapak anak tu ler hee..anak2lebih suker lauk yg bergoreng,berkicap n pedas..klu nk senang keje msakkan lauk ayam jer,settle untuk diorang..k la akak letakkan jygak resepinyer d cni sebagai rujukan..resepi dari buku kak liza,1 hari 1 resepi..





Asam Rebus Ikan n Nenas

Bahan A:
3 ekor ikan selar(aper2 ikan pun boleh)
5 keping asam gelugor
2 tangkai dau kesum
1/4 biji nenas(d potong kecil)
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan B:(d kisar)
3 biji cili merah
1/2 inci belacan
3 biji bawang merah

Caranya:
Bersihkan ikan.
Masukkan smua bahan ke dala periuk.
Masakkan sehingga mendidih.
Tutupkan api dan hidangkan.

Kek Coklat Kukus Zaima


Punya ler tringin nk makan kek coklat,dh banyak ari tapi ni baru sempat nk godek2.Kek ni akak buat petang semalam,cari resepi yg paling senang semestinyer sedap la kan.Akak mmg slalu buat kek ni sebab kena ngan tekak dan juga mudah serta cepat.Resepi dh lamer sangat akak pun dah tak ingat amik kt maner tp dlm internet ni gak ler,memang ramai yang dah buat resepi ni kan.K la akak tempekkan resepinyer d sini untuk rujukan.Pada tuan punya resepi mnx halal lah yer...



Kek Coklat Kukus Zaima

Bahan utama:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn gula pasir
1 cwn marjerin(dicairkan)/minyak masak
1/2 cwn susu pekat manis

Kesemua bahan di atas di campurkan dan masak hingga sebati dan setelah itu tutup api dan biarkan sehingga suam.

Bahan campuran tepung:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Di ayak bersama.

Bahan telur:
3 biji telur (A)
1 sudu teh ovallete
1 sudu teh esen vanila

Caranya:
Pukul telur bersama ovallete sehingga benar-benar kembang.Setelah itu,masukkan adunan koko yang telah suam tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.Akhir sekali,masukkan pula campurantepung sedikit demi sedikit sehingga habis.Pukul adunan sehingga sebati.Panaskan periuk kukus.Sementara itu sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya.Setelah itu barulah di tuangkan ke dalam loyang.Setelah kukusan sudah panas,bolehlah di masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.Setelah kek masak,keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan.Apabila sudah sejuk,keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk topping.

Bahan Topping:
3/4 cwn serbuk koko
3 sudu makan susu pekat manis(akak letak lebih)
1/2 sudu makan shortening
3/4 cwn air panas

Masak dan kacau hingga koko sebati dan nampak agak likat dengan menggunakan api yang sangat kecil.






Tuesday, July 19, 2011

Daging Goreng Ala Kaprau



Salam..muncul lg hehe,lamer ek akak bermalas-malasan umah pun xberkemas ni hee.Sebenarnyer akak sibuk cket ngn brmacam2 hal yg penting smpai ler yg kurang penting,boleh cm gitu?boleh jer laaa..Sebenarnyer mcm2 yg akak tringin nk makan n nk cuba tp asyik xsempat jer n d tambah plak ngn virus 'm' yg melanda hehe..tapi pape pun arini akak rajin ok,haa akak dh cuba daging goreng ala kaprau resepi Kak Jee ni mmg xrugi sangat sedap n sangat mudah..xcaya silalah cuba,ni akak kongsikan resepinyer kt cini..kak jee,mnx izin n mnx halal yer fina kongsikan resepi tu kt blog fina ni..




Daging Kaprau

BAHAN2:
250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih

CARA:
Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails