Sunday, August 22, 2010

MENU BERBUKA 12 RAMADHAN

Hari ni bgn pg2 td trasa cm rajin ler plak trus ke dpur buka freezer n kuar kn klapa parut putih,cadang tu nk wt kuih ketayap..per lg projek pun trus bermula ler,masak inti n dadarkan tpungnyer..dh siap smua ketepikan dlu,amik plak tpung uli utk buat burger malaysia plak,rajin ler katerkan hehe..my bos g pasar td,dia bli dging n limpa..hmm nk msk aper ek,buat ns tomato jer la sng,so kelentang kelentung ler plak kt dpur tu td n ini ler hasil nyer hehe..


Limpa Masak Kicap Pedas


Daging Masak Merah


Burger Malaysia

Resepi untuk burger malaysia ni fina amik kt umah k.ummi..mnx izin yer fina cnp kt blog fina ni plak..

Burger Malaysia

Bahan-Bahan:-
200 gm tepung gandum
140 ml susu cair/air (*ummi guna susu cair,lg sedap)
2 sudu besar butter/margerine (*ummi guna butter)
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
sambal ikan bilis
timun
Cara Membuat:-
Masukkan semua bahan kecuali margerine. Gaul rata dan uli sekejap. Masukkan butter/margerine dan uli lagi hingga tidak melekit di tangan. Buat bulat besar. Tutup dengan cling film, biarkan kembang hingga 2 kali ganda (+- 40 minit). Tumbuk2 doh. Bahagikan kepada 8. Buat bentuk bulat dan atur dalam dulang. Biarkan naik 2x ganda. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana panas. Balik2kan..Bila kekuningan angkat dan sejukkan. Belah 2 roti, jangan putus. Isikan sambal tumis bilis dan timun yang dihiris nipis.

Kuih Ketayap

Kuih ketayap ni resepi asal nyer amik kt cni.. utk lbh mudah sbagai rujukan fina cnp jer kt blog fina..mnx izin n mnx halal yer tuan pnya resepi..

Kuih Ketayap

Bahan-bahan

3 cawan tepong gandum
1 biji telor
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perwarna hijau
4 cawan air
1/2 cawan minyak masak*
3 helai daun pandan*

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis.
  2. Masukan minyak dalam mangkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian di ikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali.
  3. Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan kedalam kuali tadi dan goyang2 kan kuali supaya adunan menjadi dadar. Letakkan semula kuali di atas api.
  4. Setelah dadar masak, angkat. Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.
  5. Dah siap..makan..makan..

Saturday, August 21, 2010

MENU BERBUKA 11 RAMADHAN

Ni jer la antara menu kuih untuk brbuka ri ni,yg ringkas2 jer tp dlm demam2 ni pun terajin ler plak wt kuih smpai 2 jenis hehe..bkn aper tekak terasa nk mkn tu psal ler merajinkan diri gak buat,jom tgk kuih aper ler yg d buat ri ni ek..

Kuih Serimuka

Kuih serimuka ni resepi asal dari nanasham di myr tp fina skodeng kt umah cik mat kter tu,mnx izin cnp resepinyer kt blog fina plak yer mat utk rujukan bler2 nnt..

Kuih Serimuka

Bahan Lapisan Bawah:-
500 g beras pulut, rendam 30 minit
400 ml santan cair
1 camca teh garam (boleh kurangkan sikit)
2 camca makan minyak masak

Bahan Lapisan Atas:-
120 g tepung gandum*
3 camca makan tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
140 g gula halus (boleh lebihkan sedikit)
3 biji telur (gred A)
450 ml santan pekat*
4 helai daun pandan, kerat kecil*(*dikisar halus dan tapis)
Beberapa titik pewarna hijau
1/2 camca teh garam (boleh kurangkan)

Cara membuatnya:-
1- Panaskan kukusan. Toskan pulut dan masukkan dalam tin berukuran (9 x 9 x 3) inci. Kemudian masukkan semua bahan utk lapisan bawah, gaul dan ratakan pulut. Kukus 25 - 30 minit. Keluarkan tin dari kukusan dan tekan sedikit supaya padat dan rata.

2- Satukan kesemua bahan2 utk lapisan atas dan kacau menggunakan wisk hingga sebati dan rata. Tapis adunan dan perlahan2 tuang atas pulut tadi. Kukus 1 jam atas air mendidih. Gunakan api sederhana. Balut penutup kukusan utk mengelakkan air jatuh atas permukaan kuih.


Murtabak

Resepi murtabak ni plak fina skodeng kt myr,resepi minami..

Murtabak Segera

Bahan-bahan

100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur

Cara-cara


  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.


Friday, August 20, 2010

MENU BERBUKA 10 RAMADHAN

Salam..lamer gak dapur kt cni xbrasap yer,tp dpur kt umah brasap gak ler ckit2 cuma xsmpat nk tayangkan kt cni lg pun lauk biasa2 sgt..tuan umah xbrapa sihat dmam n sakit abis 1 badan,ni pun msih xbrapa sihat g tp gagahkan jgk msuk ke dpur msk yg smple2 jer utk brbuka ri ni..jom tgk aper yg ader


Roti Sardin Goreng

Udang Pedas Tomato Cili Api

Sup Tulang

Telur Dadar Mayonis

Ikan Gelama Masam



Sunday, August 15, 2010

MANGO YOGURT MOUSSE


Dh ari ke5 ramadhan dh ari ni..menu ari ni smple n biasa2 jer,just bihun goreng,sausage puff n 4 dessert i made mango yogurt mousse,resepi amik dari umah k.nor ganu..as usual mnx izin cnp resepinyer kt cni plak yer k.nor..

MANGO YOGURT MOUSSE
Bahan-bahan ( 7 cups )
*1 sudu besar gelatin (10g)
*3 sudu besar air
->50g gula
->100ml air
400ml susu segar
100ml plain yogurt
100ml air masak
Mango souce
1-2 biji mango
1-2 sudu besar gula

  1. Masukkan gelatin ke dalam 3 sudu besar air. Kacau dan ketepikan. NOTE : Jangan masukkan air ke dlm gelatin ye!
  2. Panaskan gula dan air (bahan-bahan yg bertanda ->). Bila nampak gelembung-gelembung air, padamkan api. Kacau sehingga gula larut. Angkat periuk or pan dari dapur, masukkan gelatin. Kacau sehingga gelatin larut.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan susu,air dan yogurt. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sebatian gelatin tadi. Kacau sehingga semuanya sebati. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam pudding cups. Simpan dlm peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dimakan.
  4. Cara penyediaan mango souce. Kisar mango dan gula dgn food processor. Kemudian masak di atas api perlahan sehingga pekat yg dikehendaki. Lepas itu bolehlah disimpan sejuk.
  5. Bila nak makan, bolehlah tuang mango souce ke atas mousse yg dah disejukkan tadi.
  6. Note : Untuk penyediaan seperti dlm gambar, mango source hendaklah dibuat terlebih dahulu. Kemudiaan isikan ke dalam pudding cups. Masukkan ke dlm peti sejuk. Biar selama lebih kurang 1/2- 1 jam. Kemudian bolehlah dibuat mousse.



Sausage Puff



BLOG LIST BEN ASHAARI


Special en3 ni..memandangkan Ben dh merombak smula blog listnyer dan dia menjemput blogger2 utk join kembali blog list nyer itew.Memang rs nk nk join n brharap sgt ler Ben sudi menerima yer,blog yg masih terkontang kanting ni.Pape pun mekasih bebanyak d ucapkan pada Ben sekiranya sudi menerima Dapur Nur Riezqi ni ke dlm blog list Ben..

Saturday, August 14, 2010

ROTI SARDIN

Roti sardin ni fina nmpak kt umah ayu singapore tp resepi asalnyer dari umah k.nor ganu kter tu..resepinyer cm biasa cnp jer dri umah k.nor..mnx halal yer kak



Roti Sardin
10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.



Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..

TELUR IKAN GORENG BERCILI

Yang ini pun lauk utk brbuka ari ni gak,fina mmg suka masak lauk yg mudah2..kter tengok resepi k..



Telur Ikan Goreng Berlada

Telur ikan (d gaul garam kunyit dan goreng)
Cili kisar
Bawang besar - di hiris
Bawang putih _ di hiris
Daun Kari
Cuka
Garam
Gula
Minyak

Caranya:
Panaskan minyak,tumiskan bawang besar,bawang putih n daun kari.Dh agak kekuningan masukkan pulacili kisar biarkan smpai pecah mnyak kemudian masukkan cuka.Masukkan garam dan gula diikuti telur ikan yg telah di goreng dulu.Gaul sebatikan,ttp api dan angkat.Siap.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails