Friday, February 18, 2011

Kek Pisang Marble Susu



Again resepi pisang hehe..bkn aper sj nk perabih pisang yg dh ranum sgt tu..cuba satu lg resepi kek yg nyum2 sedap gak ni amik kt umah kak ummi..nk amik kek xdapat so amik resepi jer ler buat sendiri sob..sob,cnp jer resepi letak kt cni so mudah ler nnt klu nk buat lg kan xyah merayau lg hehe..saper2 yg nk rase tu sila ler buat sendiri yerr ngueh3..

KEK PISANG MARBLE SUSU
Resepi: Ros @ JintanManis
Sumber: MaDiHaA

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu segar
  • 4 biji pisang yang ranum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telor (*akak guna gred A)
  • secubit garam
  • sedikit esen vanila
  • sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko
  • 1/4 cawan chocolate chips - ni akak tambah
Cara-caranya:-
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan. (lepas siap step 1 ni.. MaDiHaA panaskan oven dengan uhu 170C)
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah adunan kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak lalu dikacau sebati. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
  3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, (MaDiHaA ambil 3 senduk) (akak ambil 4 sudu besar jek) dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Akak pun bahagi dua setiap warna adunan mcm Madiha. (Cara akak - Curah 1/2 adunan plain dalam loyang, tabur chocolate chips, then curah 1/2 adunan coklat, buat lagi satu lapisan untuk sebahagian adunan kedua-dua warna, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu.
  4. Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails