Sunday, January 23, 2011

Condensed Milk Pound Cake




Ni lagi resepi tertunggak yg dh buat lamer ari 2..kek ni mmg best,sedap rasa lemak2 gitu n krg manis..overall mmg sedap n xrugi mncuba,ramai gak blogger yg dh cuba buatkan..resepi fina amik dri umah mamafami gak ler hehe,resepi asal dri umah Ayu..




KEK PAUN SUSU PEKAT
Sumber : Ayu

Bahan-bahan :


240g mentega (mama guna majerin Planta je)
60g gula kastor
1/2 sudu kecil garam (mama tak masukkan)
304g susu pekat manis
3 sudu teh esen vanilla
240g tepung kek (mama guna tepung gandum saja)
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
4 biji telur (size besar)

Kaedah penyediaan :

- Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
- Masukkan garam dan esen vanilla. Pukul lagi.
- Tuangkan susu pekat manis dan kacau sebati.
- Perlahankan kelajuan mixer anda dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
- Masukkan telur satu per satu dan terus memukul hingga sebati.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 180 C selama 45 minit. Jangkamasa pembakaran mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails