Thursday, July 28, 2011

Puding Kasih Bertaut



Puding ni akak buat malam semalam,jugak utk jamuan d tempat keje mr hubby..org lain buat smua smua cantik2 n menarik tp akak buat kureng menarik hehe,tp apa pun rs mmg sedap..dh ramai yg buat kan..pada yg belum cuba lg tu jom kter tgk resepinyer pasni bleh cuba,resepi akak amik kt umah azlita aziz , mohon d kongsikan d cni jgk yer ita..cnp dari umah ita






PUDING KASIH BERTAUT
By: Naz @ Cute Oven, Small Kitchen

Bahan-bahan A
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita

Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails