Dah makan tghari dh ker smua?msti ler sdhkan dh kul braper dh ni...kejadian sebenar lauk ni awl td kul 11 dh siap msak tp xsmpat nk bertandang ke sni kena settle keje lain dlu huhu..kte ushar resepi k
Ayam Tairu
1/2 ekor ayam
Bahan A
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
8 biji cili api
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
Bahan B
2 pelepah daun kari
2 sudu besar kicap manis ABC heinz
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1 cawan tairu
1 pokok daun ketumbar di cincang halus
Bahan C
1 biji tomato - potong baji 6 bahagian
1 biji bawang besar - potong baji 6 bahagian
sedikit daun pudina
minyak
1 sudu besar minyak sapi
garam
Caranya:
Bersihkan ayam dan potong ikut suka.
Blender bahan2 A.
Kemudian masukkan bahan2 B dan C ke dalam bekas berisi ayam,gaul sebati kemudian perapkan selama 1/2 jam.
Panaskan minyak dan minyak sapi,masukkan ayam yg telah di perap dan sedikit air.
Masak hingga mendidih dan kuah pekat.
Masukkan bahan C dan garam.Kemudian bolehlah di padamkan api.
No comments:
Post a Comment