Monday, January 24, 2011

Nasi Kurma


Nasi ni fina buat untuk di gandingkan dengan ayam tairu kat bawah tu..nama jer nasi kurma tp xboh buah kurma pun cuma guna rempah jer hehehe..pape pun sedap nasi ni lbh kurang cm nasi beriani n tersangat lah harumnyer bau dia..k ni resepinyer

Nasi Kurma

3 pot beras basmathi
41/2 pot air
1 biji bawang besar (dadu)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 inci halia (cincang)
1 biji buah tomato (dadu)
1 sudu besar rempah kurma
rempah empat sekawan
1 kiub daging lembu
2 helai daun pandan
garam/gula
sdikit minyak sapi dan mentega
kismis
daun ketumbar/pudina
pewarna kuning

Caranya:
Basuh beras dan rendam lebih kurang 20 minit.Toskan.
Panaskan minyak sapi dan mentega,tumiskan rempah 4 sekawan di ikuti bawang besar,bawang putih,halia dan tomato.
Tumis hingga layu dan harum,masukkan rempah kurma.Masak hingga pecah minyak dan berbau harum.
Masukkan beras,kacau sebati kemudian masukkan air,kiub daging,garam dan sedikit gula.
Tutup periuk sehingga nasi masak.Buka tudung renjiskan pewarna kuning dan taburkan kismis,daun ketumabar dan pudina.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails