Friday, July 16, 2010

ENTRY YANG TERTUNGGAK

Rasanyer lamer gak fina xupdate entry,sbbnyer tuan umah cbuk banget ngn mcm keje tp masak 2 ttp masak cume xsmpat nk msukkan kt cni jer..laptop tuan umah pun xder antor spital demam,ni guna laptop anak..k la kt bawah ni ader lauk2 yg tertunggak beberape ari 2 jom kter ushar lauk aper ler agaknyer..



RENDANG AYAM KUNYIT

Ayam
*Cili api
*Cili merah
*Kunyit hidup
*Halia
*Bawang besar
*Bawang putih
Kacang panjang
Asam keping
Minyak
Garam
Gula

Cara memasaknya :
Blender kesemua bahan bertanda * dan lumurkan pada ayam lalu di perap sebentar.Panaskan mnyak masukkan ayam dan sdikit air serta 1 keping asam keping.Masak sehingga ayam empuk dan kuah agak pekat masukkan kacang panjang serta perisakan dengan garam dan gula,ckup smuanya bleh ttpkan api.




STEW DAGING

300 gm daging lembu/kambing
Bawang besar (hiris)
Bawang putih (hiris)
Sos tiram
Kicap manis
Tomato buah
Capsicum hijau
Capsicum merah
Rempah sup 'adabi'
Serbuk lada hitam
Ubi kentang
Karot
Air
Garam

Cara memasaknyer :
Masukkan kesemua bahan2 tersebut ke dlm periuk,masukkan air dan renihkan hgga daging lembut dan kuat pekat.




AYAM MASAK MERAH CILI HIDUP

Ayam
*Cili hidup
*Lengkuas
*Serai
*Halia
*Bawang besar
*Bawang putih
*Buah keras
Tomato buah (d potong kecil)
Santan
Garam
Gula
Minyak

Cara memasaknyer :
Blender kesemua bahan yang bertanda *,panaskan mnyak dan tumis bahan tersebut shgga naik bau lalu masukkan tomato dan ayam,biarkan ayam empuk kemudian masukkan santan biar hgga smuanya masak.Perisakan garam dan gula,bleh lah d tutupkan api.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails