Sunday, July 4, 2010

Sotong Negro n Sambal Kuini



Arini msak smple jer,aper yg ader dlm esbok 2 g pun terasa cm males pun ader hehe,k la pape pun jom tgk aper yg ader..


SOTONG NEGRO

600 gm sotong
*15 biji cili kering
*5 biji cili api
*1 biji cili merah
*sdikit kunyit hidup
*sdikit halia
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (di hiris)
3 ulas bawang putih (di hiris)
1 pelepah daun kari
2 sudu besar kicap pekat
1/4 cwn air asam jawa
garam
gula
minyak

Caranya:
Blender smua bahan yg bertanda * kemudian panaskan minyak dan tumiskan bawang yg di hiris dan daun kari.Apabila bawang kuning msukkn pula bahan2 yg telah di blende td masak hngga harum dn garing.Setelah itu masukkn air asam jawa,kacau sebentar masukkan pula sotong,kicap,garam dan gula.Biar hgga masak,rs garam dan gulanya,boleh lah di angkat.





SAMBAL KUINI

10 biji cili api hijau
10 biji cili api merah
sdikit blacan
sdikit garam
sdikit gula
1 biji buah kuini

Caranya:
tumbuk kesemua bahan di dalam lesung batu kecuali buah kuini..stelah bahan tumbuk td sparuh lumat baru masukkan kuini n sebatikan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails